Khamis, 17 Mac 2011

cerita kamu..cerita ku..

Salam...
Aku adalah seorang yang ceria...tetiba jadi macam katak dalam gelass..
menjadi murung...ada aku kesah ke?...tapi aku memang kesah pun huhu...sedih aku sebenarnya ni...tu la nak lepaskan kesedihan kat keyboard ni huhu...kot2 keybord ni boleh bantu aku huhu....kekadang aku rasa hidup aku bahagia sangat, tetapi ada masa macam sedih sangat la pulak...heyy...apalah nak jadi ngan aku ni...sabar je la yee..ada masa aku pun geram juga...geram dengan keadaan sekeliling..kadang-kadang tu, tak pasal2 pun boleh geram juga hehe....lawak la aku ni...tengok! aku merepek ntah pe2 ntah...aku pun tak tau cerita aku yang sebenarnya...aku ni tulis je apa kata hati aku cakap...bukan kata hati ko hehe...ko tu sapa?? entah laa...aku pun tak tau hehee...("ko" tu tak wujud sebenarnya)...napa la aku ni jadi macam kera yang bengong sambil garu kepala hehe...ada aku kesah ke??

Jauhkan diri dari Dia

salam....
Aku tak tau nak tulis apa...mood tetiba down terus...
bila teringat je, terus aku nak menyepikan diri...bukan
tak nak teringatkan...tapi membenci sesuatu yang betul- betul
berada di depan mata tu amat-amatlah menyakitkan.. aku benci dia..
Aku berasa sakit hati sangat-sangat.. tapi aku hanya mampu untuk
mendiamkan diri dari terus dibelenggu..
Semoga dia mendapat kesejahteraan dalam hidup...
dan semoga aku sentiasa mengingati diri aku sendiri...
di mana salah aku...dan di mana jahatnya dia.. aku tak terdaya nak pikir apa-apa..
yang aku tau..aku merasa sakit hati...sakit yang teramat...
semoga Allah S.W.T. sentiasa merahmati kita semua...amin..

Selasa, 8 Mac 2011

Ada aku Kesah ke

Salam kasih sayang semua...
Hari ini aku rasa tension sangat...rasa macam nak diamkan diri ni je...malas nak pikirkan pasal masalah.. ada-ada je masalah ni kan...buat aku rasa nak termuntah je memikirkan sekarang ni...macam mana nak setelkan apa yang dalam kotak fikiranku ni...aduhh...bikin rasa bangang sangat...tapi, ada aku kesah ke...diam je laa...nanti nak bising-bising kang, ada pulak terasa...so, beware... silent lagi ok!

Ahad, 27 Februari 2011

Pemandangan2 Cantik









salam kasih semua...
aku suka tengok tempat2 menarik di muka bumi ciptaan Tuhan ni...Subahanallah...indahnya duniaku...

Gunung Kinabalu


menarik dan tertarik..


memang bertuah bumi Sabah..


inilah keindahan kinabalu..


Salam kasih semua..
Pagi yang indah ni aku nak kongsi pemandangan menarik yang sememangnya aku sangat berbangga dengan negeri aku lahir..memang rasa bertuah sangat sebab gunung kinabalu ni tiap-tiap pagi dan petang aku akan memandang...betul2 membuatkan mataku nyaman dan sejuk sekali dengan keindahan gunung kinabalu...i love u Sabah negeriku...tempat tumpah darah ku...

Asam Pedas Ikan Pari


sedap woooo....nak mkn lg pas ni....


Salam kasih sayanmg semua..
Hari ni aku nak kongsi makanan yang baru aku baru selesai makan..iaitu asam pedas ikan pari. yummmiii....

Aku dan majalah APO


Salam kasih sayang semua...
Kalau koraang nk tau apa yang aku suka sangat nak baca..semestinya la majalah Apo hehe...Apo-aapo la korang cakap mmg aku minat baca majalah apo dari dulu sampai skrg ni...hek..hek...bukan apa, aku hanya nak kongsi ngan korang yang aku ni peminat lawak apo yang sememangnya gempak bg aku..aku mesti baca berulang kali dalam setiap buku...aku tak boring pun ngan cerita lawak-lawak ni...menjadi hiburan pada masa lapang aku...Apo pun..apo la yee...

Khamis, 24 Februari 2011

aku tension


salam kasih semua...
melihat orang yang tetiba marah-marah tak tentu pasal membuatkan aku selalu tension memikirkan beliau, mybe kalau aku yang marah tu aku kene stress... kuatkan kesabaran anda..nanti tak pasal-pasal kene "heart attack" pulak hehe...

maher zain


memang manis la muka maher zain ni...hehe... :p

Gambar maher zain


salam kasih sayang semua..
hari ni aku nak kongsi cerita pasal aku yang tenga dok layan lagu maher zain ni...sayu sangat rasa hati bila dengar lagu maher zain ni berkumandang.. tak boring aku mendengarkan lagu dia ni..dengan berbekalkan suara yang lunak merdu...rasa syahdu sangat aku dengar..lagu yang paling aku minat adalah "InsyAllah"...memang sedap sangat lagu tu..rasa tenang sangat mendengar lagu2 dia ni...

mama ku beli baju baru


Salam kasih semua...
Dup..dup..dup..aku da besar da rupanya hahaha...
tak sedar aku ni da dewasa. kadang-kadang teringat masa zaman kecik-kecik dulu. mak selalu belikan aku baju baru. baju mesti yang berwarna pink atau kuning. tapi mak mesti beli yang kembang-kembang punya la...or dalam bahasa sabah nya dikenali sebagai "baju gaun". hehehe...bila la lagi aku ni nak dapat pakai ye..masa tu kan da berlalu..mak cakap, baby girl kene pakai baju macam tu. tapi aku tengok sekarang ni dah tak ramai budak-budak pakai fesyen mcm aku pakai dulu...agak-agak kalau aku nak pakai lagi baju macm dulu2 tu bole lagi ke tak ya...hehehe...maaak...belikan la baju untuk anakmu ni lagi...rindu sangat kenangan dulu...

Hari-hari terindah


salam kasih sayang semua...
hai..aku tenga membuat edit sedikit untuk blog aku ni...hari ini aku merasakan ada satu ketenangan yang membuatkan aku senang melakukan rutian harian. seperti ada semangat baru dalam membuat kerja yang diamanahkan. aku tak mau lagi menjadi seperti dulu yang suka melengah-lengakan kerja. Aku rasakan ada hari-hari terindah yang muncul dalam beberapa hari ini. semoga semangat aku kini akan lebih bermakna dan berharap hasil yang aku perolehi adalah halal dari semua sudut. Harap-harap berkekalan macam ni semangat aku ni insyAllah...

Rabu, 23 Februari 2011

warna adalah duniaku


Salam kasih semua..

Hari ini aku nak share duniaku.. kali ini aku nak berkongsi colour yang aku minat semenjak dulu kala.. kononnya aku ni sangat meminati colour hijau..tapi memang itulah warna yang menjadi kegemaran aku..malah, apapun barang2 hiasan yang aku cari and berkenan adalah warna hijau. jarang sekali aku memilih warna lain. tp kalau soal warna pakaian, aku tak pula berminat ngan warna hijau ni. aku lagi suka bermain colour ngan hitam, putih and coklet hehe...that why la aku ni org cakap tak pandai berfesyen hehehe...nak buat mcm mana kan, dah aku memang tak berkenan ngan calour2 baju yang terang benderang ni..nanti silau pula mata korang tengok aku hehe...

muslimah


Salam kasih semua..
Dunia sekarang ni da terlalu maju..sehingga pemikiran orang2 pun bertambah maju..sehingga aku selalu memikirkan benda-benda yang selalu kita abaikan..sambil merenung masa depan, aku terfikir tentang diriku dan nasib para wanita masa akan datang.. adakah wujud lagi seorang wanita yang benar-benar seorang muslimah sejati.. aku pun tak tahu..merenung balik kepada diri, aku bukanlah seorang wanita yang bergelar muslimah,baikpun yang menepati ciri-ciri seorang wanita muslimah.. aku pun da terikut-ikut kemodenan masa kini.. terutama sekali soal berpakaian...kadang aku berasa malu pada diri sendiri..aku perlukan perubahan..perubahan yang baik kepada diriku..

Kerja ku kerja mu jua


Salam kasih sayang semua..
Hari ni aku nak kongsi kisah hidup aku..sebagai seorang perkerja yang berkhidmat dalam gomen ni..aku ada impian aku sendiri. Memang dari dulu lagi aku berminat untuk mendapatkan kerja gomen ni..and, 2 year ago barulah aku berjaya menempatkan diri aku ni diantara orang2 gomen juga...hehehe...

di sebalik story ni sebenarnaya, ada benda yang aku nak kongsikan bersama. bukan pasal story aku kat atas td. ni story masa aku tenga bertugas la ni. sebagai orang gomen, aku sukakan kerja yang mencabar (mcm keja yg aku tenga wat skrg ni la) tp aku ni bukan uniform tau...kerja aku ni kene cari benda yang perlu didaftarkan...lebih kurang mcm tu la bunyi..tp, mula2 aku start buat kerja ni dulu aku ingat lg masa tu aku punya la tension, tak tau nak buat apa..but now, Alhamdullilah aku da berjaya mengatasinya.. sekarang aku bole berkerja dengan senang hati. coz aku da paham sikit selok belok kerja yang perlu aku settle kan...Amin..

Cerita duniaku

Salam kasih sayang semua...da dua tahun aku ni menjadi perantau..inilah perasaan sebenar seseorang yang berada jauh sekali dengan famly..well,perasaan tu la kekadang yang memaksa diri untuk menjadi kuat..sedar tak sedar, da lama kaki aku ni menapak kat semenanjung malaysia...rindu pula dengan Sabah bumi tercinta...alahai...feeling terus nak balik kampung warrrrgghhh...
huhu...rindu nak makan ikan bakar kat pasar malam KB..ikan bakar yang sememangnya menjadi kegemaran aku...pastu teringat pula sambal ikan yu...warrrrgghh...nak balik...nak balik....